BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 24 Jun 2015

Assalamu'alaikum dan selamat pagi dunia....

Alhamdulillah... kecik-kecik dulu selalu menjerit dari rumah tatkala kapal terbang melalui ruang udara di rumahku.. " KAPAL TERBANG TUNGGU... SAYA NAK NAIK..." KAPAL TERBANG.. SAYA KAT SINI.." lucu mengang zaman kanak2.. tapi itulah impianku.. nak belajar ke Egypt, parent tak bagi.. so simpan la impian nak naik kapal terbang.... tapi.. teringat lagu kumpulan westlife kot.. " i believe i can fly".. yes!!! I BELIEVE I CAN FLY IN THE SKY.." Alhamdulillah tanpa di jangka dan di duga.. dengan misi nutrisi ini aku terbang ke ruang udara....
first fly to HONG KONG.. MACAU... 

Alhamdulillah.. siapa sangka.. first time ada paspot.. almaklumlah.. bila anak kampung.. naik flight, inilah jadinya.. hihi.. tapi sangat2x best bila pergi ni.. dapat pengalaman beraya di OBERSEA katanya lagi2x dengan super duper mama.. ( sy je yg single lg antara mereka ni..)haha..
" dengan super mama "



PENGALAMAN YANG SANGAT BEST!
mau x nyer.. teruja kot bila kita tengok siang dalam bangunan walaupun hakikatnya dah malam.. MACAU la tempatnya.. serius sangat2x cantik.. siap boleh naik sampan dalam bangunan.. adoi.. da mcm veniece ke apa... pengalaman yg sangat2x best...  
see.. tak tipu kan... cantik sangat2x..



" Shopping time..."

seronok bila jalan2x.. Alhamdulillah... i like travelling... saya nak jalan seluruh dunia dengan izin-Nya... In Sha Allah... daaaa... bila suka berjalan.. inilah jadinya..

Sabtu, 1 Februari 2014

Nilaikan diri.... :D

Bismillahirrahmanirrahim.... Huh.. lama dah tak bukak blog ni... satu ketika dulu beria-ia nk buat blog.. tp sekarang lama dah tinggal kot.. huhu.. sampaikan Jari-jemari pun terkial-kial terketik2 di depan laptop yang dah lama berkhidmat denganku... macam budak baru belajar menaip pun ada.. hihi :D Sibuk jari-jemari menekan button di keyboard, otakku ligat mencari idea. Di bukanya satu persatu folder yang ada... tiba-tiba terjumpa kata-kata ini betapa orang lain percaya pada diri yang kerdil ini.. Selama ini aku terfikir sendirian dan bermonolog sendiri ungkapan ayat ini.. tp sebenarnya pernah ditujukan kepadaku... Subhanallah.... tatkala ujian datang menimpa... “ ADAKAH DIRI INI MAMPU MEMBAHAGIAKAN ORG LAIN “ADAKAH ORG LAIN BLH BERBANGGA DGN KITA” JGN BERSEDIH... SYIFA’ HANANI BERJIWA BESAR LAH KAMU BERMULA MLM INI” (tq my sifu) lalu keluar nasihat dari bisikan kebaikan... Wahai diri... "Berdirilah didepan Tuhan malam ini,bermuhasabahlah kamu, bermohonlah kamu kepada yang Maha Esa.. meminta sebesar-besarnya tugas, meminta sebesar-besarnya kemampuan untuk dirimu menghadapi cabaran, meminta sedamai-damainya hati dalam menerima pujian mahupun cacian, dan meminta sebesar-besarnya kesenangan, untuk menjadi memperoleh bagi kebahagiaan dirimu beserta insan lain." Sabarlah duhai hati.... Untuk memperoleh kejayaan, perlukan pengorbanan. Hanya Allah sebaik2 pertolongan... Haha.. macam sedih je... saja ja nk bermuhasabah sebentar.. walau apapun.. ingatlah kamu merupakan pelakon di pentas dunia... kamu merupakan watak utama yang berlakon untuk meneruskan kehidupanmu.... jadi cubalah untuk memegang watak dengan yang paling baik sekali.. biarlah dirimu dibenci kerana melakukan kebaikan, bukan dibenci kerana melakukan keburukan.. All the best.. buat yang terbaik dalam apa segala bidang yang diceburi....

Selasa, 2 November 2010

Hijjaz - Debu-debu Dosa

Jumaat, 13 Ogos 2010

Hari lahir… hidup atau mati??

Seronok rasanya apabila kita bersama-sama dalam satu program yang berbentuk pendidikan. Tidak kira la kepada siapa-siapa pun. Tak lupa juga untuk diri sendiri. Alhamdulillah baru-baru ni, sepanjang hujung cuti semester 4, aku memang sibuk dengan aktiviti. Dengan ROS nya selama 2 minggu di Sek.Agama. Unwanus Saadah( Rancangan Orientasi Sekolah). Selama perjalanan 2 minggu ros ni, banyak pengalaman yang diperolehi dan terlibat dalam beberapa program seperti hari sukan sekolah, hari ziarah, kem Perkhemahan bersepadu unit beruniform 2010 dan kem Insan Rabbani.

Semua program ini sangat bermakna dalam kamus hidup ku... seperti asrar97_hayati...... bukan apa, semua ada pengalaman tersendiri.. setiap program yang dirancang semuanya ada matlamat yang ingin di capai. Begitulah tugasku pada masa akan datang. Yang berjuang untuk mendidik anak-anak masa hadapan. Di mana tanggungjawab itu berada di bahuku. Insya-Allah. Ingin ku kongsi bersama kali ini adalah ” HARI LAHIR, HIDUP ATAU MATI ??” semua orang tidak tahu bilakah saat malaikat izrail datang untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh Allah kepadanya terhadap diri kita. Mahu atau tidak, itulah hakikat kehidupan. Alhamdulillah tahun ini aku selamat menerima umur genap 21 tahun.. tua dah aku ni sebenarnya... :D

Biasanya kita mesti nk celebtare birthday kalu tiba hari lahir kitakan... nk mintak hadiah dari kawan2... mengharap ucapan dari kawan2 & macam2 lah.. kalu tak dapat salah satu daripadanya, mesti sedih.. namun hakikatnya, kita mungkin terlupa bahawa di saat itu, semakin hampirnya tarikh kematian kita.. teringat ku akan kata2 seorang sahabat yang memberi mesej di hari lahirku yang kali ke-19. ”Moga2 ckg diberikan nikmat iman, sihat jua semangat akan pengajiannya.. moga2 hendak-Nya.. fasal tarikh ari, penting ke untuk ku ucp kn selamat ari lahir buatmu? Walau apapun, ku ucapkan selamat menerima angka genap pd umur ckg.. Genap 19thn.. adapun penting pada jiwamu itu suatu kesedaran akan perkara mendatang, iaitu hampirnya saat ditarik nyawa, kerana masa adalah berlari, jika ada kesilapan pada waktu silam, mampukah kita membawa wkt itu ke belakang? Sedangkan waktu sekarang tak terkejar, Hanya tambo ati yang mampu menginsafkan, mengingatkan, mengelakkan jiwa, diri, ke gaung dosa, maka bergegaslah diri melakukan amal2.. amal2 itu perlu jua pada ikhlas dan berterusan hendaknya..........................” itulah antara kata-kata seorang sahabat untukku yang sangat mendalam maksudnya. Terima kasih kerana peringatan yang telah diberikan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

57. Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). (surah al-'Ankabuut:57)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

35. Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (surah al-Anbiyaa'35)

Subhanallah…. Hanya Allah yang tahu bilakah saatnya untuk kita kembali menemui-Nya semula. Dan yang pasti…… semua yang bernyawa pasti akan mati jua akhirnya………

Di saat aku menjangkau umur genap 21 tahun, aku di bawa ke kubur bersama-sama adik-adik serta sahabat yang lain. Kisah ini bermula apabila, aku diberi tanggungjawab untuk menjadi timbalan komander bagi kem Insan Rabbani. Program ini dilakukan atas inasiatif guru-guru untuk adik-adik agar mereka memandang serius akan bab ibadah khusus ini. Bukan bermakna mereka ini tidak solat.. tapi yang ingin disampaikan di sini adalah memperbaiki kualiti solat.

Petang tu aku di panggil untuk bermesyuarat bersama semua fasilitator dan ustaz Nur Ilman. Kami berbincang berkaitan perisisan setiap slot. Bila tiba perisisan untuk riadah, pelbagai idea yang dilontarkan. Namun apa yang perlu diambil kira, tentang kesihatan para peserta. Yela, sekarang ni penyakit mudah merebak dengan pelbagai kaedah. Jadi kenala ambik kira semua tu. Kalu mase aku sekolah menengah dulu, semua main redah je. Takde plak nk pikir tentang sawan la.... atau penyakit lain pun.. tp sekarng semua ni kena.. hem....

Slot yang terakhir kami pilih adalah bawa para peserta ke kubur...... slot yang difikirkan ini rentetan slot pada waktu pagi hari jumaat. Berkaitan solat dan azab kubur yang ditayangkan. Niat kami untuk membawa mereka ke kubur bukanlah hanya sekadar sebuah perjalanan yang jauh lagi memenatkan, tapi kami ingin bermuhasabah bersama adik-adik akan kehidupan yang tidak pasti bagaimanakah pengakhirannya. Adakah hidup dalam pengakhiran yang baik mahupun buruk, wallahu a’lam. Sama-sama muhasabah.

Awalnya ingatkan slot ni tak jadi sebab awan di langit seakan-akan tidak mengizinkan perjalanan kami. Namun kami teruskan jua perjalanan ini. Kira-kira setengah jam kami perlu berjalan kaki. ( tapi aku naik motosikal..... coz takut tetibe ade budak perempuan pengsan ke ape.. susah la plak..hee. asalnya nak berjalan kaki, tapi tetibe ustz suh nek motosikal jadi on jela.. ) tahap kelajuan motosikal tu memang laju la.. tak sampai 10m/km.. haha... kira-kira jam 5.50 petang kami sampai di tanah perkuburan kg. Kanchong Darat. Dipendekkan cerita, kami perlu memilih kubur untuk dibersihkan. Dan menjaga adab2 disitu dan ada beberapa amanah yang diberikan oleh ustz Afiff, ustz Munif, Ustz Ainol sepanjang di tanah perkuburan.

Bagaimana plak dengan aku??? Aku memilih kubur yang paling dekat sekali. Kubur seorang makcik yang telah meninggal 10 tahun lalu.. aku termenung sendirian di sisi kubur mak cik yang telah lama meninggalkan kita yang masih hidup ini. Aku bermonolog sendirian.. ” Ya Allah, syukurnya aku kerana hari ini Kau masih memberikan nikmat nyawa yang sangat berharga buatku. Namun disebalik kesyukuran ku ini, masih ku terfikir.. bagaimanakah pengakhiran kehidupanku? Aku cuba membayangkan seandainya aku yang berada di tempat makcik tersebut. Ya Allah, aku tidak mampu dan tidak sanggup menemui-Mu dalam aku masih fakir dalam segala ilmu dan urusan. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan ketika itu. Namun apa yang pasti, yang hidup ini perlu diteruskan. Tunjangkan kehidupan ini dengan syariat yang telah Allah tetapkan.

Solt di tanah perkuburan tamat hampir jam 6.40petang. setelah mendapat perisian dari ustaz munif dan ustz Afif, kami sekali lagi berjalan kaki kembali ke Dewan orang ramai Kanchong Darat untuk kembali dengan slot yang seterusnya. Saban hari aku terfikir bila tahun berubah, sempatkah aku menikmati hari lahirku serta ramadhan saban tahun? Semua itu bukan kuasa kita sebagai manusia. Nikmat nyawa yang telah Allah berikan, janganlah diabaikan dengan sia-sia, juga nikmat yang besar Allah kurniakan kepada kita iaitu nikmat akal. Ada eloknya kita gembira dengan genapnya umur kita saban tahun. Tapi perlu di ambil kira juga bahawa, sudahkah kita bersedia sekiranya nyawa kita ditarik oleh malaikat izrail? Fikirkan dan sama-samalah bermuhasabah akan kehidupan kita ini yang tidak tahu bilakah pengakhirannya....... wallahu a’lam..

Sabtu, 1 Mei 2010

Perjalanan Mencari Kekasih….

Usia kian meningkat saban tahun, namun kekasih yang dicari masih belum ditemui… Wal hal orang lain sudah sibuk dengan pasangan mereka untuk merancang bila nak bertunang serta perkahwinan masing-masing. Aku masih dengan dunia aku yang masih tercari-cari di manakah kekasihku.. Aku masih mencari si dia yang telah berjaya mencuri ruang dihatiku, namun masih gagal ditemui. Terasa sedikit terkilan kerana aku tidak melamarmu tatkala aku menemuimu buat pertama kali saat pertemuan kita. Mungkin tak logik, tapi tak pela sebab aku yakin dengan pilihanku… Mungkin kerana faktor kewangan ketika itu menjadi penghalang penyatuan antara kita. Tapi tak pela, semua tu mengajar aku erti kesabaran.


Saban hari aku mencari-cari, doa pada Ilahi agar kita dipertemukan kembali walaupun dengan wajah yang berbeza, kerana aku sungguh tertarik denganmu di saat pertemuan kita kali pertama kerana aku pasti, kau berbeza dengan yang lain. Aku tahu memang sukar untuk menemuimu kembali. Tapi aku tetap bertekad untuk mendapatkanmu jua.. Sehinggakan satu ketika aku meminta teman-temanku untuk mencarimu. Walaupun aku tidak pasti dimana engkau berada. Aku memberikan ciri-ciri yang ada pada dirimu supaya mereka lebih mudah mengenali dirimu. Yela, sekarangkan semua tengah hangat dengan facebook, sehangat friendster suatu ketika dulu. Kawan-kawan kata kita boleh jumpa ramai kawan-kawan lama, video n macam2 la kat situ. Mane tau kalu ada rezeki, kita dapat juga ditemukan. Hem.. Akhirnya dengan jawapan yang mengecewakan sahabatku berkata “ Syifa’, maaflah kami tak jumpa pun si dia yang Syifa’ cari…” xpela, aku pasrah dan redha kerana aku tahu dirimu memang sukar untuk ditemui. Sehingga akhirnya……


Aku diberi kesempatan mengikut temanku ke Kuala Lumpur untuk pergi ke PC Fair. “ Pesta Buku “. Gembira bukan kepalang dapat joint.. Almaklumlah, da lama tak pi jalan-jalan.. haha.


Kami keluar dari kolej jam 7.30pagi, nak naik ketapi 7.50pg. haha, memang berkejar bukan kepalang la.. Namun Alhamdulillah Allah memberi keizinan kepadaku untuk mencarimu. Dari kampus terus naik koster ke Ketoyong, sampai plak keretapi da nak gerak.. kalut la gak nak beli tiket, lari nak pegi platform di mana kami perlu naik keretapi.. haha, tapi Alhamdulillah sempat gak naik keretapi jam 7.50pg…. Sepanjang perjalanan aku termenung, adakah akanku menemuimu di sana nanti.. hem.. Sampai kat KTM Rawang, kami kena tukar ketapi plak.. Alhamdulillah tak la lama sangat tunggu, dapat keretapi pegi KL.. berpusu-pusu la naik keretapi dengan orang ramai. Masuk-masuk kne duk bertentangan plak dengan lelaki hensem…huh… istighfar panjang… kira-kira jam 10 lebih kami sampai di hentian Putra. Kami turun menuju ke destinasi yang dicari.. Dari aras satu sampai aras 4 kami jalan dalam, luar dan tepi kawasan Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL tu… tapi tetap belum menemui dimana si dia berada sebab aku datang dengan penuh harapan agar kita diketemukan kembali setelah lama berpisah..


Aku sentaiasa berdoa mudah-mudahan Allah akan menemukan kita walaupun tanpa membuat temu janji sebagaimana orang lain lakukan. Entah kenapa, Allah menggerakkan aku untuk berpaling ke satu sudut, lalu untuk pergi ke satu sudut yang agak ramai pengunjung waktu itu. Akhirnya aku menemuimu. Kau duduk berhampiran dengan beberapa orang mahasiswa yang segak dengan lengkap berkot. Aku sangat terpegun melihat dirimu ketika itu, cantik dan segak dari sebelum ini. Baju yang kau pakai itu menawan hatiku untuk lebih dekat menghampiri dirimu. Warna bajumu sedamai air di lautan di tambah pula dengan kejernihan wajahmu yang begitu mempesonakan. Rupa-rupanya saat perpisahan kita dahulu adalah kerana Allah nak aku melihat dirimu dengan lebih baik dari sebelum ini. Aku sungguh bersyukur akhirnya berjaya menemuimu setelah lama ku menanti dan jauh berjalan. Sungguh berbaloi perjalananku pada harini.. Terima Kasih Ya Allah kerana menemukan kami pada hari itu… Engkaulah kekasih yang ku cari-cari selama ini…


Buku yang bertajuk “ Rahsia dan Keajaiban IKHLAS Kerana Allah “. Sungguh cantik rupamu secantik nukilan di dalamnya. Yang mengajar aku apa itu ikhlas… Insya-Allah….. Akanku cuba mengikat seerat-eratnya kau di dalam diriku. Kekasih yang kekal abadi akan cuba ku sematkan di dalam diri.


Namun hakikatnya, sebenarnya amat susah untuk memelihara hati daripada sentiasa ikhlas serta istiqamah kerana Allah dalam setiap perbuatan… tapi.. kita bolehkan berusaha untuk menjadi seorang yang ikhlas……… jadi jom sama-sama pakat baca buku ni.. kalu rasa nak pinjam boleh bagitahu saya ek… kalu nak beli pun bleh gak.. nant sy cube carikkan kat ne….. yang penting ada niat nak perbaiki diri, Insya-Allah semua tu akan jadi mudah….. Amin… Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah menemukan aku dengan kekasihku yang sukar untuk ditemui……



“ macam2 versi ade, tuk dibaca..”




“ walaupun x banyak, tp cukup bermanfaat…huhu”

Selasa, 13 April 2010

Luahan hati kecil seorang insan


LuaHan Hati KeciL mudaH2an deNgan BacaaN aKan mEmbuKa miNda Kita BersaMa..


Sedang sibuk aku dengan urusan dunia, aku terlupa akan sesuatu... Yang dulu terlalu aku mencarinya.. Yang aku semakin merinduinya...namun kian lama, hati ini kian hanyut dibuai arus perubahan masa.. Seketika aku terfikir dimanakah redha Allah yg aku cari selama ini.. Terlalu banyak kesilapan demi kesilpan yg aku telah lakukan... Aku mencari imam yg hadirnya akan membimbingku.. Aku mencari puteri yang hadirnya bisa menyerikan hidupku, tp sejauh manakah kebaikan diriku untuk aku memilikinya?? Bagaimanakah kehidupan aku akan datang sekiranya wasilah perhubungan aku dengan si dia yg telah ku lakukan ini tidak beroleh redha dari yang maha esa.... Adakah kebahagiaan yg hakiki akan menjadi milikku... Mungkin hanya manis di dalam istana yg dibina.. Tp adakah redha Allah itu mengiringi perjalanan kehidupanku... Ya Tuhan.. Ampunkan hambamu ini yg terlalu lemah & mudah leka dengan urusan dunia..

Tatkala aku ingin berubah, cabaran demi cabaran menjengah dalam kehidupanku.... Ahhhhhhh.... Itu semua bukan penghalang untuk mencari redha allah.. Tp kakuatan diri aku sendiri...
Bukankah termaktub di dalam kitab agung yakni al-quran

Surah an-nur:26 yang bermaksud :

” perempuan-perempuan keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan2 yg baik itu dijanjikan un tuk lelaki baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia..”

Dan bukankah telah tercatat seungkap nama lelaki mahupun wanita di lohmahfuz untukmu, hanya peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau berada di atas landasan yang diredhai, insya allah si dia turut berada di atas landasan yang sama. Lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta hakiki, nescaya cinta lelaki soleh atau cinta wanita solehah akan kau miliki. Yakinlah dengan janji allah......

Ya Allah.... Indahnya janji-Mu untuk kami.... Tetapi... Mudahnya kami lupa akan janji-Mu itu...

Sejenak aku berfikir, adakah benar caraku itu... Walaupun aku tahu selama ini apa yang telah aku lakukan adalah salah.. Namun, sejauh manakah aku berusaha untuk mengubah itu semua.... Aku cemburu tatkala orang lain beroleh yang terbaik untuk diri mereka... Beroleh seorang hafizah sebagai permaisuri hatinya, beroleh seorang hafiz sebagai pembimbing hidupnya walaupun sebenarnya si wanita mahupun si lelaki itu bukanlah dari kalangan hafiz mahupun hafizah juga... Namun ketinggian peribadi mereka menjanjikan yang terbaik untuk mereka.. Itulah janji Allah.. Sekiranya kita yakin dengan janji-janji-Nya. Kita akan beroleh apa yang telah dijanjikan.. Insya-Allah..

Namun sekiranya engkau dari kalangan yang baik. Namun peneman hidupmu bukan yang baik.. Maka ingatlah... Allah maha mengetahui apa yang telah ditakdirkan untukmu... Segalanya adalah cabaran dan dugaan hidup untukmu di dunia ini dan mudah-mudahan beoleh barakah untukmu di akhirat kelak...

Cuba ku bayangkan.. Sekiranya aku punya anak dan cucu kelak, dan mereka melakukan apa yg aku lakukan kini, kemudian aku menegur mereka dan memarahi mereka, adakah wajar bagi mereka?? Oh tidak... Ini kerana wasilah yang telah mereka lakukan akan datang bermula dari wasilah antara aku dan dia juga seperti mana aku lakukan dahulu.. Jadi tidak layak bagi aku untuk memarahi mereka walhal segalanya berpunca dan bermula dari aku sendiri... Oh tidak........... Macam mana aku akan menjadi contoh bagi mereka kelak???

Ya Allah.. Sedarkanlah aku.. Walaupun hanya dengan coretan yang terlalu pendek ini.. Akan merubahku dan mereka yang ingin berubah bersamaku... Amin... Buat teman-teman yang menbaca tulisan ini, doakanlah mudah-mudahan kita sama-sama istiqamah untuk berubah... Bukan bak pepatah melayu... Hangat-hangat tahi ayam.... Dimana perubahan yang ingin dilakukan itu hanya sementara dan sekerat jalan... Tetapi... Doakanlah agar kita sama-sama tergolong di antara orang yang berlumba-lumbalah untuk melakukan kebaikan.....

Ya Allah........ Sepatutnya aku punya kekuatan. Temanku juga ada yang berpesan, agar aku mengikat segala urusanku dengan Allah, janganlah mengikat urusanmu dengan makhluk, kerana jika makhluk itu runtuh, mak kita juga akan runtuh sepertinya. Dan ada juga yang mengingatkan ku agar walau sesibok mana pun aku, di harap agar semangat aku untuk mencari cinta, kasih dan keredhaan pencipta yang Esa tetap dan semakin meluap2... Bihibbakillah.......

Ya Allah...terlalu lemahnya diri ini Ya Allah.. Inilah dia jika aku sesaat sekalipun cuba untuk melupakanmu.. Hatiku tiada ketenangan, jiwaku tiada kedamaian dan fizikalku seolah2 tiada pedoman.... Aku sedar, aku disini semakin lama aku semakin jauh dengan Allah.. Di mana solat hajat yang sering kau lakukan...??? Di mana???? Mana istighfar yang kau sering lemparkan dari gerakan bibirmu??? Ya allah.. Jauhnya aku dari-Mu.... Ya Allah..

Ya Allah.. Bagaimanakah sekiranya aku asyik lupa akan-Mu, ajal pula menjemputku..... Kain kapan membaluti diriku, kubur menjadi rumahku... Ulat2 dan binatang menjadi temanku di dalam rumahku sendiri..., berbanding sekarang di mana kawan2ku menjadi teman2 di dunia, ahli keluarga menjadi peneman suka dan duka... Tapi lupakah aku.. Semua itu akan kau tinggalkan.... Dan kembalilah kau pada tanah menemui pencipta kita.... Dan akhirnya pada tanah juga rumahmu.... Dan selepas itu, tahukah kau di mana akan kau ditempatkan??? Adakah aku berjaya untuk menjawab soalan2 malaikat munkar & nakir di dalam kubur???? Berjayakah aku melepasi titian siratulmustaqim.... Dan di manakah akhirnya aku ditempatkan????? Wallahu a’lam... Hanya Allah yang mengetahuinya...... Mudah2an aku ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh bersama ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat2ku serta insan2 yang mengingati Allah....
Amin.....