BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 1 Februari 2014

Nilaikan diri.... :D

Bismillahirrahmanirrahim.... Huh.. lama dah tak bukak blog ni... satu ketika dulu beria-ia nk buat blog.. tp sekarang lama dah tinggal kot.. huhu.. sampaikan Jari-jemari pun terkial-kial terketik2 di depan laptop yang dah lama berkhidmat denganku... macam budak baru belajar menaip pun ada.. hihi :D Sibuk jari-jemari menekan button di keyboard, otakku ligat mencari idea. Di bukanya satu persatu folder yang ada... tiba-tiba terjumpa kata-kata ini betapa orang lain percaya pada diri yang kerdil ini.. Selama ini aku terfikir sendirian dan bermonolog sendiri ungkapan ayat ini.. tp sebenarnya pernah ditujukan kepadaku... Subhanallah.... tatkala ujian datang menimpa... “ ADAKAH DIRI INI MAMPU MEMBAHAGIAKAN ORG LAIN “ADAKAH ORG LAIN BLH BERBANGGA DGN KITA” JGN BERSEDIH... SYIFA’ HANANI BERJIWA BESAR LAH KAMU BERMULA MLM INI” (tq my sifu) lalu keluar nasihat dari bisikan kebaikan... Wahai diri... "Berdirilah didepan Tuhan malam ini,bermuhasabahlah kamu, bermohonlah kamu kepada yang Maha Esa.. meminta sebesar-besarnya tugas, meminta sebesar-besarnya kemampuan untuk dirimu menghadapi cabaran, meminta sedamai-damainya hati dalam menerima pujian mahupun cacian, dan meminta sebesar-besarnya kesenangan, untuk menjadi memperoleh bagi kebahagiaan dirimu beserta insan lain." Sabarlah duhai hati.... Untuk memperoleh kejayaan, perlukan pengorbanan. Hanya Allah sebaik2 pertolongan... Haha.. macam sedih je... saja ja nk bermuhasabah sebentar.. walau apapun.. ingatlah kamu merupakan pelakon di pentas dunia... kamu merupakan watak utama yang berlakon untuk meneruskan kehidupanmu.... jadi cubalah untuk memegang watak dengan yang paling baik sekali.. biarlah dirimu dibenci kerana melakukan kebaikan, bukan dibenci kerana melakukan keburukan.. All the best.. buat yang terbaik dalam apa segala bidang yang diceburi....