BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 13 Ogos 2010

Hari lahir… hidup atau mati??

Seronok rasanya apabila kita bersama-sama dalam satu program yang berbentuk pendidikan. Tidak kira la kepada siapa-siapa pun. Tak lupa juga untuk diri sendiri. Alhamdulillah baru-baru ni, sepanjang hujung cuti semester 4, aku memang sibuk dengan aktiviti. Dengan ROS nya selama 2 minggu di Sek.Agama. Unwanus Saadah( Rancangan Orientasi Sekolah). Selama perjalanan 2 minggu ros ni, banyak pengalaman yang diperolehi dan terlibat dalam beberapa program seperti hari sukan sekolah, hari ziarah, kem Perkhemahan bersepadu unit beruniform 2010 dan kem Insan Rabbani.

Semua program ini sangat bermakna dalam kamus hidup ku... seperti asrar97_hayati...... bukan apa, semua ada pengalaman tersendiri.. setiap program yang dirancang semuanya ada matlamat yang ingin di capai. Begitulah tugasku pada masa akan datang. Yang berjuang untuk mendidik anak-anak masa hadapan. Di mana tanggungjawab itu berada di bahuku. Insya-Allah. Ingin ku kongsi bersama kali ini adalah ” HARI LAHIR, HIDUP ATAU MATI ??” semua orang tidak tahu bilakah saat malaikat izrail datang untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh Allah kepadanya terhadap diri kita. Mahu atau tidak, itulah hakikat kehidupan. Alhamdulillah tahun ini aku selamat menerima umur genap 21 tahun.. tua dah aku ni sebenarnya... :D

Biasanya kita mesti nk celebtare birthday kalu tiba hari lahir kitakan... nk mintak hadiah dari kawan2... mengharap ucapan dari kawan2 & macam2 lah.. kalu tak dapat salah satu daripadanya, mesti sedih.. namun hakikatnya, kita mungkin terlupa bahawa di saat itu, semakin hampirnya tarikh kematian kita.. teringat ku akan kata2 seorang sahabat yang memberi mesej di hari lahirku yang kali ke-19. ”Moga2 ckg diberikan nikmat iman, sihat jua semangat akan pengajiannya.. moga2 hendak-Nya.. fasal tarikh ari, penting ke untuk ku ucp kn selamat ari lahir buatmu? Walau apapun, ku ucapkan selamat menerima angka genap pd umur ckg.. Genap 19thn.. adapun penting pada jiwamu itu suatu kesedaran akan perkara mendatang, iaitu hampirnya saat ditarik nyawa, kerana masa adalah berlari, jika ada kesilapan pada waktu silam, mampukah kita membawa wkt itu ke belakang? Sedangkan waktu sekarang tak terkejar, Hanya tambo ati yang mampu menginsafkan, mengingatkan, mengelakkan jiwa, diri, ke gaung dosa, maka bergegaslah diri melakukan amal2.. amal2 itu perlu jua pada ikhlas dan berterusan hendaknya..........................” itulah antara kata-kata seorang sahabat untukku yang sangat mendalam maksudnya. Terima kasih kerana peringatan yang telah diberikan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

57. Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). (surah al-'Ankabuut:57)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

35. Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (surah al-Anbiyaa'35)

Subhanallah…. Hanya Allah yang tahu bilakah saatnya untuk kita kembali menemui-Nya semula. Dan yang pasti…… semua yang bernyawa pasti akan mati jua akhirnya………

Di saat aku menjangkau umur genap 21 tahun, aku di bawa ke kubur bersama-sama adik-adik serta sahabat yang lain. Kisah ini bermula apabila, aku diberi tanggungjawab untuk menjadi timbalan komander bagi kem Insan Rabbani. Program ini dilakukan atas inasiatif guru-guru untuk adik-adik agar mereka memandang serius akan bab ibadah khusus ini. Bukan bermakna mereka ini tidak solat.. tapi yang ingin disampaikan di sini adalah memperbaiki kualiti solat.

Petang tu aku di panggil untuk bermesyuarat bersama semua fasilitator dan ustaz Nur Ilman. Kami berbincang berkaitan perisisan setiap slot. Bila tiba perisisan untuk riadah, pelbagai idea yang dilontarkan. Namun apa yang perlu diambil kira, tentang kesihatan para peserta. Yela, sekarang ni penyakit mudah merebak dengan pelbagai kaedah. Jadi kenala ambik kira semua tu. Kalu mase aku sekolah menengah dulu, semua main redah je. Takde plak nk pikir tentang sawan la.... atau penyakit lain pun.. tp sekarng semua ni kena.. hem....

Slot yang terakhir kami pilih adalah bawa para peserta ke kubur...... slot yang difikirkan ini rentetan slot pada waktu pagi hari jumaat. Berkaitan solat dan azab kubur yang ditayangkan. Niat kami untuk membawa mereka ke kubur bukanlah hanya sekadar sebuah perjalanan yang jauh lagi memenatkan, tapi kami ingin bermuhasabah bersama adik-adik akan kehidupan yang tidak pasti bagaimanakah pengakhirannya. Adakah hidup dalam pengakhiran yang baik mahupun buruk, wallahu a’lam. Sama-sama muhasabah.

Awalnya ingatkan slot ni tak jadi sebab awan di langit seakan-akan tidak mengizinkan perjalanan kami. Namun kami teruskan jua perjalanan ini. Kira-kira setengah jam kami perlu berjalan kaki. ( tapi aku naik motosikal..... coz takut tetibe ade budak perempuan pengsan ke ape.. susah la plak..hee. asalnya nak berjalan kaki, tapi tetibe ustz suh nek motosikal jadi on jela.. ) tahap kelajuan motosikal tu memang laju la.. tak sampai 10m/km.. haha... kira-kira jam 5.50 petang kami sampai di tanah perkuburan kg. Kanchong Darat. Dipendekkan cerita, kami perlu memilih kubur untuk dibersihkan. Dan menjaga adab2 disitu dan ada beberapa amanah yang diberikan oleh ustz Afiff, ustz Munif, Ustz Ainol sepanjang di tanah perkuburan.

Bagaimana plak dengan aku??? Aku memilih kubur yang paling dekat sekali. Kubur seorang makcik yang telah meninggal 10 tahun lalu.. aku termenung sendirian di sisi kubur mak cik yang telah lama meninggalkan kita yang masih hidup ini. Aku bermonolog sendirian.. ” Ya Allah, syukurnya aku kerana hari ini Kau masih memberikan nikmat nyawa yang sangat berharga buatku. Namun disebalik kesyukuran ku ini, masih ku terfikir.. bagaimanakah pengakhiran kehidupanku? Aku cuba membayangkan seandainya aku yang berada di tempat makcik tersebut. Ya Allah, aku tidak mampu dan tidak sanggup menemui-Mu dalam aku masih fakir dalam segala ilmu dan urusan. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan ketika itu. Namun apa yang pasti, yang hidup ini perlu diteruskan. Tunjangkan kehidupan ini dengan syariat yang telah Allah tetapkan.

Solt di tanah perkuburan tamat hampir jam 6.40petang. setelah mendapat perisian dari ustaz munif dan ustz Afif, kami sekali lagi berjalan kaki kembali ke Dewan orang ramai Kanchong Darat untuk kembali dengan slot yang seterusnya. Saban hari aku terfikir bila tahun berubah, sempatkah aku menikmati hari lahirku serta ramadhan saban tahun? Semua itu bukan kuasa kita sebagai manusia. Nikmat nyawa yang telah Allah berikan, janganlah diabaikan dengan sia-sia, juga nikmat yang besar Allah kurniakan kepada kita iaitu nikmat akal. Ada eloknya kita gembira dengan genapnya umur kita saban tahun. Tapi perlu di ambil kira juga bahawa, sudahkah kita bersedia sekiranya nyawa kita ditarik oleh malaikat izrail? Fikirkan dan sama-samalah bermuhasabah akan kehidupan kita ini yang tidak tahu bilakah pengakhirannya....... wallahu a’lam..