BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 1 Mei 2010

Perjalanan Mencari Kekasih….

Usia kian meningkat saban tahun, namun kekasih yang dicari masih belum ditemui… Wal hal orang lain sudah sibuk dengan pasangan mereka untuk merancang bila nak bertunang serta perkahwinan masing-masing. Aku masih dengan dunia aku yang masih tercari-cari di manakah kekasihku.. Aku masih mencari si dia yang telah berjaya mencuri ruang dihatiku, namun masih gagal ditemui. Terasa sedikit terkilan kerana aku tidak melamarmu tatkala aku menemuimu buat pertama kali saat pertemuan kita. Mungkin tak logik, tapi tak pela sebab aku yakin dengan pilihanku… Mungkin kerana faktor kewangan ketika itu menjadi penghalang penyatuan antara kita. Tapi tak pela, semua tu mengajar aku erti kesabaran.


Saban hari aku mencari-cari, doa pada Ilahi agar kita dipertemukan kembali walaupun dengan wajah yang berbeza, kerana aku sungguh tertarik denganmu di saat pertemuan kita kali pertama kerana aku pasti, kau berbeza dengan yang lain. Aku tahu memang sukar untuk menemuimu kembali. Tapi aku tetap bertekad untuk mendapatkanmu jua.. Sehinggakan satu ketika aku meminta teman-temanku untuk mencarimu. Walaupun aku tidak pasti dimana engkau berada. Aku memberikan ciri-ciri yang ada pada dirimu supaya mereka lebih mudah mengenali dirimu. Yela, sekarangkan semua tengah hangat dengan facebook, sehangat friendster suatu ketika dulu. Kawan-kawan kata kita boleh jumpa ramai kawan-kawan lama, video n macam2 la kat situ. Mane tau kalu ada rezeki, kita dapat juga ditemukan. Hem.. Akhirnya dengan jawapan yang mengecewakan sahabatku berkata “ Syifa’, maaflah kami tak jumpa pun si dia yang Syifa’ cari…” xpela, aku pasrah dan redha kerana aku tahu dirimu memang sukar untuk ditemui. Sehingga akhirnya……


Aku diberi kesempatan mengikut temanku ke Kuala Lumpur untuk pergi ke PC Fair. “ Pesta Buku “. Gembira bukan kepalang dapat joint.. Almaklumlah, da lama tak pi jalan-jalan.. haha.


Kami keluar dari kolej jam 7.30pagi, nak naik ketapi 7.50pg. haha, memang berkejar bukan kepalang la.. Namun Alhamdulillah Allah memberi keizinan kepadaku untuk mencarimu. Dari kampus terus naik koster ke Ketoyong, sampai plak keretapi da nak gerak.. kalut la gak nak beli tiket, lari nak pegi platform di mana kami perlu naik keretapi.. haha, tapi Alhamdulillah sempat gak naik keretapi jam 7.50pg…. Sepanjang perjalanan aku termenung, adakah akanku menemuimu di sana nanti.. hem.. Sampai kat KTM Rawang, kami kena tukar ketapi plak.. Alhamdulillah tak la lama sangat tunggu, dapat keretapi pegi KL.. berpusu-pusu la naik keretapi dengan orang ramai. Masuk-masuk kne duk bertentangan plak dengan lelaki hensem…huh… istighfar panjang… kira-kira jam 10 lebih kami sampai di hentian Putra. Kami turun menuju ke destinasi yang dicari.. Dari aras satu sampai aras 4 kami jalan dalam, luar dan tepi kawasan Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL tu… tapi tetap belum menemui dimana si dia berada sebab aku datang dengan penuh harapan agar kita diketemukan kembali setelah lama berpisah..


Aku sentaiasa berdoa mudah-mudahan Allah akan menemukan kita walaupun tanpa membuat temu janji sebagaimana orang lain lakukan. Entah kenapa, Allah menggerakkan aku untuk berpaling ke satu sudut, lalu untuk pergi ke satu sudut yang agak ramai pengunjung waktu itu. Akhirnya aku menemuimu. Kau duduk berhampiran dengan beberapa orang mahasiswa yang segak dengan lengkap berkot. Aku sangat terpegun melihat dirimu ketika itu, cantik dan segak dari sebelum ini. Baju yang kau pakai itu menawan hatiku untuk lebih dekat menghampiri dirimu. Warna bajumu sedamai air di lautan di tambah pula dengan kejernihan wajahmu yang begitu mempesonakan. Rupa-rupanya saat perpisahan kita dahulu adalah kerana Allah nak aku melihat dirimu dengan lebih baik dari sebelum ini. Aku sungguh bersyukur akhirnya berjaya menemuimu setelah lama ku menanti dan jauh berjalan. Sungguh berbaloi perjalananku pada harini.. Terima Kasih Ya Allah kerana menemukan kami pada hari itu… Engkaulah kekasih yang ku cari-cari selama ini…


Buku yang bertajuk “ Rahsia dan Keajaiban IKHLAS Kerana Allah “. Sungguh cantik rupamu secantik nukilan di dalamnya. Yang mengajar aku apa itu ikhlas… Insya-Allah….. Akanku cuba mengikat seerat-eratnya kau di dalam diriku. Kekasih yang kekal abadi akan cuba ku sematkan di dalam diri.


Namun hakikatnya, sebenarnya amat susah untuk memelihara hati daripada sentiasa ikhlas serta istiqamah kerana Allah dalam setiap perbuatan… tapi.. kita bolehkan berusaha untuk menjadi seorang yang ikhlas……… jadi jom sama-sama pakat baca buku ni.. kalu rasa nak pinjam boleh bagitahu saya ek… kalu nak beli pun bleh gak.. nant sy cube carikkan kat ne….. yang penting ada niat nak perbaiki diri, Insya-Allah semua tu akan jadi mudah….. Amin… Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah menemukan aku dengan kekasihku yang sukar untuk ditemui……



“ macam2 versi ade, tuk dibaca..”




“ walaupun x banyak, tp cukup bermanfaat…huhu”